Post

Surat Untuk Sayang.. Genap 6 bulan kapel..

Syg,
Kenapa syg buat ucuk macam ni? Mana janji kita dulu? Nak bersama.. Memula kita kenal, syg beria 'amik' ucuk. Bila dapat, siap ajak duk skali. Ucuk pegi kije ke, balik umah ke, syg ajak balik umah syg. Ucuk wat keputusan tinggal ngan syg sebab ucuk fikir, syg betul2 terima ucuk. Ingatkan syg da fikir untuk long term relationship. Tapi sekarang 6 bulan kita kenal. Dari sambut valentine 14-Feb-2011, semalam 14-Ogos-2011. Ucuk da betul2 boleh fikir. Hati syg bukan pada ucuk lagi da. Lepas sebulan kita kenal pon, ucuk da tau, hati syg bukan 100% untuk ucuk. Tu pon sebab ucuk selalu bersama syg, selalu duk depan mata syg.

Ucuk pernah tegur sayang pasal komitmen. Sayang tanya ucuk balik.

Awk nak komitmen 100%? Kite pon ada masalah kite. Kite kerja. Tak cukup lagi ke kite bagi awak komitmen?

Kalau sayang cakap macam tu, kenapa sayang belah hati, cinta dan kasih sayang syg tu pada orang lain jugak? Syg boleh layan orang lain, tapi kenapa tak ucuk? Ingat ucuk tak tau semua tu? Selama ni ucuk igt syg betul² penat balik kije, banyak masalah, sakit.. Tapi semalam, ucuk baru tau. Semua tu hanya alasan kan? Syg tak boleh layan ucuk tapi kenapa sayang baru celik mata bangun pagi, da boleh call orang len bersembang. Bukan sorang. Ngan ucuk ni, awal pagi senyum pon tak. Tapi ngan orang lain, bukan main syg berbahagia kan?

Petang semalam ucuk tido masa syg call. Lepas bangun tido, ucuk mesej tanya kenapa syg call. Syg tak reply pon. Lau bandingkan syg tak reply mesej ucuk ngan syg call orang lain pas baru jerk celik mata dari tido, pe la sgt kn.. Macam berat sangat nak reply meseg ucuk.

4 5 hari lepas kite gaduh sal mesej gak. Dalam duk main mesej, tetiba syg tak reply, pastu ucuk mesej lagi skali, baru la syg reply. Bila ucuk tanya kenapa tak reply tadi, syg cakap ada customer, ucuk mesej halim tanya ada customer ke tadi, halim cakap takda. Pastu ucuk cume cakap kat syg macam ni jerk..

Eleh.. Yer la tu, Syg ni slalu jerk susah nak reply mesej ucuk.

Pastu syg marah² ucuk cakap ucuk tuduh syg bukan². Da memang betul syg susah nak reply mesej ucuk. Pe lak ucuk tuduh? Kerana tu, syg putuskan hubungan kite. Kenapa? Serabut sangat sebab banyak sangat mesej syg kene layan? Ucuk ni sah² la kapel syg, duk skali ngan syg. Patutnya ucuk lebih utama, tapi tak. Balik umah, tengah² malam pon melayan mesej orang. Tapi mesej ucuk tak.

Kalo nak citer, banyak lagi syg tak pedulikan ucuk. Bila gaduh, syg putuskan hubungan, halau ucuk dari umah. Tak lama pastu, baru la nak cakap syg sayang ucuk sorang jerk, sayang ucuk lebih dari segalanya.. Kenapa tak ucap time kite berbaik? Tu lebih romantik. Lebih sesuai. Tapi syg tak buat. Buat pon macam terpaksa sebab nak pujuk ucuk balik.

Sampai hari ni, setelah pe yang ucuk dapat tau semalam, hati ucuk da jadi keras. Ucuk da lali ngan syg. Selama ni, lepas semua kantoi, ucuk masih terima syg sebab ucuk bagi syg peluang untuk tumpu kasih sayang syg pada ucuk sorg jerk. Bayangkan, kiter slalu jerk gaduh. Dalam sbulan mesti ada 2 3 kali. Selama 5 bulan syg tunjuk belang, ucuk masih sabar bersama syg, masih bg syg peluang. Ada syg fikir? Bulan lepas syg penah suh ucuk bersabar, syg pon da banyak kali cakap syg da ilang sabar, sebab tu syg marah ucuk. Syg tak plak fikir sabar ucuk nak terima cinta syg sorang jerk..

Syg fikir la.. Apa yang ucuk wat selama ni untuk kite. Tapi syg bukan main lagi ngan orang lain. Kata syg, syg ada life sdiri, takkan nak ikot life ucuk. Yups, kan ucuk da cakap, memang syg ada life sdiri, tapi jangan sampai membelakangi ucuk dan hubungan kita. Tapi sampai semalam, apa yang syg buat?

Tags

Followers

Chatting